PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT DAERAH LIMBANG
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti, cekap, amanah, adil dan mesra pada setiap masa anda berurusan dengan kami di dalam perkara-perkara berikut :- 
 
1
Permohonan pindahmilik senjata melalui probet dan semasa hayat

(a)   Permohonan menukar hakmilik senjata api diproses dengan serta merta dengan syarat dokumen-dokumen lengkap dikemukakan.

(b)   Permohonan di atas akan dikemukakan kepada Residen Bahagian Limbang dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas lulus tapisan keselamatan oleh Polis DiRaja Malaysia.

(c)
Permit membeli peluru akan dikeluarkan dengan serta merta selagi lesen memiliki/menggunakan senjata api masih sah tempohnya.
2.
Permohonan lesen kutipan derma


Permohonan lesen kutipan derma akan diproses sebaik saja permohonan diterima dan keputusannya akan dimaklumkan setelah kelulusan diterima dari Pejabat Residen dalam tempoh tiga (3) hari.
3
Permohonan lesen sabong ayam


Permohonan lesen sabung ayam akan dihantar ke Pejabat Residen setelah menerima komen daripada pihak Polis dalam tempoh 2 hari selepas ia diterima.
4
Hal-hal Probet

(a)
Pendaftaran probet akan dilakukan dengan serta merta dengan syarat ia disertakan bersama dokumen-dokumen yang lengkap.

(b)
Surat kuasa pentadbir (LA) akan disiapkan 10 hari bekerja daripada tarikh pendaftaran probet.
5
Pendaftaran lesen nama-nama perniagaan dan pembaharuan

(a)
Pendaftaran nama-nama perniagaan akan dapat disiapkan dalam lima (5) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima dengan syarat permohonan memenuhi keperluan yang ditetapkan.

(b)
Pembaharuan lesen perniagaan akan disiapkan serta merta dengan syarat permohonan memenuhi keperluan yang ditetapkan.
6.
Pendaftaran surat perjanjian (deeds)


Pendaftaran surat perjanjian akan disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja daripada tarikh ia diterima.
7.
Sijil anak angkat


Permohonan untuk sijil anak angkat akan dilayan dengan serta merta dengan syarat pihak yang terlibat hadir dan membawa dokumen-dokumen yang lengkap.  Sijil akan dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
8
Permohonan mendiami rumah kerajaan


Semua permohonan akan diproses dengan serta merta dan pemohon akan diberitahu dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh permohonan diterima, sama ada berjaya atau sebaliknya.
9
Projek kecil luar bandar (negeri/persekutuan)


Projek kecil luar bandar yang memerlukan perkhidmatan (pesanan perkhidmatan melalui tender/sebutharga) akan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh waran/suratkuasa diterima.
10
Tugas-tugas Majistret

(a)
Kes-kes yang dirujuk oleh Jabatan Kehakiman akan didengar dengan serta merta.

(b)
Angkat sumpah/bon akan dilakukan dengan serta merta.
11
Mahkamah Bumiputera

(a)
Permohonan untuk perbicaraan melalui 'Borang A' (lengkap) akan diproses dengan serta merta.

(b)
Perbicaraan kes akan didengar selewat-lewatnya tiga (3) bulan daripada tarikh ia diterima.

(c)
kes rayuan akan diproses dengan serta merta.

(d)
Perbicaraan kes rayuan akan didengar selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh ia diterima.
12
Tugas-tugas protokol


Tugas-tugas protokol akan dilakukan berdasarkan tatacara dan keutamaan orang kenamaan seperti yang ditetapkan oleh bahagian protokol, Jabatan Ketua Menteri Sarawak.
13
Tugas-tugas bantuan

(a)
Sebarang keperluan asas berkaitan bencana contohnya kebakaran, banjir dan lain-lain akan diambil tindakan selaras Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20.

(b)
Keperluan-keperluan lain akan dipertimbangkan/diselaraskan oleh jawatankuasa bencana alam peringkat daerah dan bahagian.
14
Hal akaun/kewangan

(a)
Baucer bayaran akan dihantarkan kepada Perbendaharaan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas penerimaan bil/invois.

(b)
Jawapan atas semua pertanyaan daripada pihak Audit dan Perbendaharaan tentang hal kewangan akan dihantarkan kepada pihak berkenaan selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas penerimaan pertanyaan.
15
Talikhidmat


Aduan/komen yang diterima akan dirujuk terus kepada jabatan/agensi yang berkaitan dengan serta merta.
16
Aduan bertulis


Aduan bertulis yang diterima daripada orang awam akan disiasat dengan serta merta sebelum sebarang tindakan diambil.
 
BACK
 
Designed by:
Web Team
Copyright@2008 Pejabat Residen Bahagian Limbang