PIAGAM PELANGGAN
 PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN LIMBANG

KAMI BERJANJI AKAN BERUSAHA  MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI, CEKAP, AMANAH, ADIL DAN MESRA PADA SETIAP MASA KEPADA PELANGGAN YANG BERURUSAN BAGI :
1. PERMOHONAN PERMIT KUTIPAN DERMA AWAM
  Permohonan Permit Kutipan Derma Awam akan diproses sebaik sahaja permohonan diterima dan keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dengan syarat dokumen permohonan dikemukakan dengan lengkap.
2. PERMOHONAN PERKAHWINAN DI BAWAH UMUR 18 TAHUN DAN GENAP 16 TAHUN SERTA PERKAHWINAN TANPA NOTIS
  Permohonan Perkahwinan di bawah umur 18 tahun dan genap 16 tahun serta Perkahwinan Tanpa Notis yang disertakan dengan dokumen yang lengkap akan diproses sebaik sahaja diterima dan keputusan akan dikeluarkan serta-merta.
3. PERMOHONAN MENDIAMI RUMAH KERAJAAN
  Permohonan yang dikemukakan kepada Lembaga Perumahan ‘A’ akan diproses sebaik sahaja diterima dan akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh lima (5) hari bekerja dengan syarat dokumen permohonan dikemukakan dengan lengkap.
4. PERMOHONAN LESEN SABUNG AYAM
  Permohonan Lesen Sabung Ayam akan diproses sebaik sahaja diterima dan keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dengan syarat borang permohonan dikemukakan dengan lengkap.
5. FUNGSI PROTOKOL
  Fungsi / tugas protokol akan dilaksanakan dengan profesional dan efisien serta berdasarkan tatacara dan garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Jabatan Ketua Menteri (Unit Perhubungan Awam dan Korporat).
6.  PENGURUSAN TENDER / SEBUTHARGA
  Proses pembukaan tender akan dijalankan pada hari/tarikh tutup tender / sebutharga. Penender yang berjaya akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja setelah keputusan dibuat oleh Lembaga Tender / Sebutharga Bahagian.

 BACK
Designed by:
Web Team
Copyright@2008 Pejabat Residen Bahagian Limbang