Pentadbiran Bahagian Limbang terdiri daripada 3 Komponen iaitu:-
Pejabat Residen Bahagian Limbang yang mentadbir keseluruhan Bahagian Limbang diketuai oleh Residen ( Pegawai Tadbir Gred N54 )
Pejabat Daerah Limbang yang mentadbir Daerah Limbang diketuai oleh Pegawai Daerah ( Pegawai Tadbir Gred N48 ). Daerah Limbang merangkumi Daerah Kecil Ng. Medamit dan ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N27.
Pejabat Daerah Lawas yang mentadbir Daerah Lawas diketuai oleh Pegawai Daerah ( Pegawai Tadbir Gred N48 ). Daerah Lawas merangkumi Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Sundar dan Daerah Kecil Trusan. Masing-masing ditadbir oleh Pegawai Tadbir N41 dan Penolong Pegawai Tadbir N27.