Muzium Wilayah Limbang telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk
Adenan Haji Satem, Menteri Pembangunan Sosial, Negeri Sarawak pada 27 Ogos 1994
(Sabtu), pukul 10.00 pagi.
TEMPAT:
Muzium Wilayah Limbang terletakdi bangunan Kubu Lama. Bangunan dua tingkat ini telah dibina pada tahun 1897. Bangunan ini pada mulanya telah digunakan sebagai kubu pada masa pemerintahan Rajah Charles Brooke. Sebahagian daripada tingkat bawahnya telah digunakan sebagai penjara dan sebahagiannya pula digunakan untuk stor.
Selepas itu, bangunan ini telah digunakan untuk urusan pentadbiran dan Residen, Pegawai Daerah serta kakitangannya telah menggunakan tingkat atas sebagai pejabat. Selain dari itu, beberapa jabatan kerajaan juga pernah menggunakan bangunan ini sehingga ia terbakar pada September 1989.
Oleh kerana
bangunan ini telah diwartakan sebagai monumen bersejarah pada tahun 1985, maka
bangunan ini telah dibina semula di tapak yang sama pada tahun 1991 dengan mengekakalkan
reka bentuk asalnya.
TUJUAN:
Tujuan Muzium ini ditubuhkan adalah sebagai tempat untuk mempamerkan bahan-bahan
yang berkaitan dengan sejarah serta kebudayaan Limbang kepada orang ramai.
BAHAN-BAHAN PAMERAN:
Bahan-bahan pameran di Muzium ini adalah berkaitan dengan aspek sejarah dan kebudayaan kehidupan masyarakat Limbang.