PERUTUSAN
Assalamualaikum Warramatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang
kepada pelawat-pelawat
laman web Pejabat Residen Bahagian Limbang, Sarawak. Pejabat
Residen Bahagian Limbang merupakan sebuah
agensi kerajaan negeri Sarawak
yang bertanggungjawab menjadi nadi penggerak di dalam merancang, menyelaras,
melaksana dan memantau secara berterusan rancangan-rancangan pembangunan demi
kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di Bahagian Limbang. Sejajar dengan
visi organisasi kami menjadi peneraju utama dalam menggerakkan pembangunan
menyeluruh di Bahagian Limbang maka kami beriltizam kearah memperkasa
budaya perkhidmatan yang cekap serta rapih rakyat dalam membawa arus pembangunan.Berpandukan
nilai-nilai kualiti dan semangat kerja berpasukan, pegawai dan kakitangan Pejabat
Residen Bahagian Limbang sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kepuasan pelanggan.
Ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi perkhidmatan
berkualiti serta sistem penyampaian yang effisien. Dengan adanya laman web ini
orang awam boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai pentadbiran Bahagian
Limbang dan khususnya perkhidmatan utama yang disediakan oleh Pejabat Residen
Bahagian Limbang. Melalui Perkhidmatan SARAWAKNET pelanggan-pelanggan
kita dapat melayarai laman web pelbagai jabatan dan agensi kerajaan untuk mendapat
maklumat-maklumat tertentu dan ianya juga sebagai satu alat komunikasi melalui
e-mel. Kami sentiasa mengalu-alukan komen serta cadangan yang membina
daripada pelawat-pelawat laman web demi memperkemaskinikan isi kandungan
laman ini. Saya berharap maklumat yang disediakan dalam
laman web ini dapat memudahkan pihak yang
tertentu untuk mendapat maklumat dan seterusnya menyumbang
ke arah peningkatan mutu Perkhidmatan
Awam Negeri Sarawak.
Terima kasih
MARIA BIN HASMAN
Residen Bahagian Limbang
BACK
Designed
by:
Web Team
Copyright@2008
Pejabat Residen Bahagian Limbang