Peta
Lokasi
Peta
Bandar Limbang
Bahagian Limbang terletak di Timur
Laut Negeri Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei di Barat, Teluk Brunei
di Utara, Sabah/Kalimantan di Timur dan Daerah Baram ( Bahagian Miri) di
Selatan, di tengah-tengahnya Daerah Temburong (Negara Brunei)
yang membuatkan Bahagian Limbang tersepit
.
Limbang adalah bahagian ke lima
antara sembilan bahagian di Negeri Sarawak. Bahagian Limbang merangkumi
dua buah daerah iaitu Daerah Limbang dan Daerah Lawas serta tiga
buah daerah kecil iaitu Nanga Medamit, Sundar dan Trusan dengan keluasan
kawasan seluas 7,788.5 km persegi.
Bahagian Limbang
mempunyai penduduk berjumlah 81,152
orang ( Mengikut
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia Tahun 2000- Jabatan
Perangkaan Malaysia) yang terdiri daripada beberapa
etnik utama iaitu Melayu, Cina, Iban, Lun Bawang
dan Bisaya. Pekerjaan utama penduduknya adalah
dalam bidang pertanian, penternakan, perikanan
dan perniagaan
 |
|
AHLI
PARLIMEN
P. 221 LIMBANG
YB
HASBI HABIBOLLAH
P. 222 LAWAS
YB
HENRY SUM AGONG

ADUN
N.
68 - LIMBANG
Y.B. DR. ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL
N.
69 - BATU DANAU
Y.B. ENCIK PAULUS ANAK GUMBANG
N.
70- BA'KELALAN
YB
ENCIK NELSON BALANG RINING
N.
71- LAWAS
YB
DATO SRI AWANG TENGAH BIN ALI HASSAN
Menteri
Perancangan dan Pengurusan Sumber II Menteri Kemudahan
Awam
|