Latar Belakang Kelab Kakitangan Pejabat Residen Dan Daerah Bahagian Limbang

[ KELAB JARESDA LIMBANG ]
[ No. Pendaftaran : 115/97 ]

 Kelab Kakitangan Pejabat Residen Dan Daerah Limbang atau KELAB JARESDALimbang telah ditubuhkan pada 17 Mei 1997.  Kelab ini mempunyai 61 orang ahli yang terdiri daripada Kakitangan Pejabat Residen dan Daerah Limbang.  Keahlian Kelab ini juga terbuka kepada ahli keluarga Kakitangan Pejabat Residen Dan Daerah Limbang serta terbuka kepada ketua masyarakat di Daerah Limbang Objektif utama penubuhan Kelab ini adalah untuk menjalankan aktiviti sosial, sukan, rekreasi dan kebajikandi kalangan ahlinya.  Di samping itu juga ia bertujuan untuk mengeratkan perhubungan, keharmonian dan persefahaman di kalangan ahlinya dan juga dengan masyarakat luar amnya.Walaupun Kelab ini baru sahaja ditubuhkan namun telah bayak aktiviti yang telah di adakan.  Pada tahun 1999 Kelab ini telah mengadakan lawatan sosial ke Wilayah Persekutuan Labuan dan ke Pejabat Daerah Temburong Brunei Darul Salam.  Kelab ini juga telah memberi pelbagai bantuan kebajikan kepada ahlinya serta bantuan kebajikan kepada orang awam yang memerlukan bantuan. Pada tahun 2000 Kelab ini juga telah mengadakan pertandingan mencipta Logo Kelab RADO Limbang yang akan digunakan secara rasmi dalam urusan surat-menyurat dan tujuan yang lain.
 

BACK

Designed by:
Web Team
Copyright@2008 Pejabat Residen Bahagian Limbang